29 October 2015

ARAROSSA THERAPY & SPA : WE'RE NOW OPEN!

Assalammualaikum / Salam Sejahtera

Kami baru sahaja memulakan perniagaan sebagai Pusat Terapi & Spa pada awal Oktober 2015 yang lalu. Kami menawarkan servis rawatan untuk TERAPI dan SPA seperti senarai dibawah:

AKUPUNTUR 
BEKAM
 TOTOK WAJAH
 RELAXING MASSAGE
 RAWATAN WAJAH (FACIAL TREATMENT)
 HOT STONE TREATMENT
 LULUR BADAN (AROMATHERAPY BODY SCRUB)
 SAUNA HERBA 
RAWATAN RAMBUT (WASH & BLOW | HAIR TREATMENT/SPA)
 DETOKS KAKI (FOOT DETOX) & REFLEKSOLOGI 

Diakui sekarang sudah terdapat banyak pusat rawatan terapi dan spa yang ada diseluruh Malaysia. Namun, keistimewaan atau perbezaan kami disini jika dibandingkan dengan pusat-pusat terapi dan spa yang ada diluar sana adalah segala rawatan yang kami berikan ini berkonsepkan mesra pengguna kerana rawatan ini dilakukan di dalam rumah. Jadi pelanggan yang ingin menjalani rawatan terapi dan spa disini tidak perlu berasa kekok mahupun janggal dan boleh beranggapan seperti berada dirumah sendiri. Dan sudah pastinya kami akan memberikan SERVIS TERBAIK buat semua pelanggan kami tanpa mengira usia.

Semua terapis disini adalah wanita dan pelanggan wanita memang menjadi keutamaan kami. Walau bagaimanapun, ada sesetengah rawatan kami disini yang juga mengalakkan kaum LELAKI untuk turut sama melakukan rawatan seperti RAWATAN WAJAH (FACIAL TREATMENT), RAWATAN RAMBUT (HAIR TREATMENT | WASH & BLOW) dan juga DETOKS KAKI (FOOT DETOX) & REFLEKSOLOGI. 

Harga bagi setiap rawatan kami adalah harga mampu milik oleh semua pelanggan kami tidak mengira usia, jantina mahupun pekerjaan anda. Semua orang mampu untuk melakukan rawatan yang kami sediakan ini tanpa berkurang sedikit pun KUALITI rawatan tersebut. 

Setiap bulan juga kami akan mengadakan PROMOSI bagi rawatan-rawatan tertentu. Jadi, pastikan anda tidak lupa untuk sentiasa mengikuti perkembangan dan promosi yang akan kami lakukan dari semasa ke semasa.

Dibawah ini adalah beberapa gambar premis perniagaan Pusat Terapi & Spa kami yang beralamat :

ARAROSSA THERAPY & SPA
ARAROSSA VILLE
NO.36, JALAN CENDANA (1), 
SRI PEKAN 41050 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN








REJUVENATE YOUR BODY & SOUL
OPERATION HOUR: 10.00AM – 8.00PM (MON – SUN)

NOTES : STRICTLY BY APPOINTMENT ONLY. SO CALL US NOW FOR BOOKING!

No comments:

Post a Comment