24 November 2015

BERLULUR DENGAN PATI BUAH - BUAHAN

Assalammualaikum w.b.t.


Kami di Araroossa Therapy & Spa juga mempunyai pakej LULUR / SCRUB yang berunsur buah-buahan seeperti

AVOCADO
Membantu melembutkan, menjaga kesihatan kulit dan 
membuat kulit kelihatan lebih bersih dan cerah

CHOCOLATE
Membantu melembutkan, melembabkan dan meneutralkan kulit kering

COFFEE
Membersihkan kulit,menjaga kelembapan kulit dan melembutkan kulit

MILK
Membantu melembutkan, mmencerahkan kulit dann menjaga kesihatan kulit

STRAWBERI
Membantu melembutkan,menyamarkan kerutan dan menjaga kesihatan kulit.

YAM BEAN
Membantu melembabkan, melembutkan, membuat kulit kelihatan lebih cerah 
dan menjaga kesihatan kulit.

PROMOSI untuk Bulan November masih lagi ada sehingga hujung bulan ini tau. Jangan lepaskan peluang! Hubungi kami segera untuk membuat temujanji anda..! smile emoticon Tempat adalah terhad ye. ^,^

Manfaat ni boleh juga anda dapat rasakan di Ararossa Therapy & Spa kami..Jgn lupa PROMOSI cantik utk buln ini masih berlangsung. Cepat buat temujanji anda bersama kami! ^,^ ♥♥

18 November 2015

MANFAAT LULUR PADA TUBUH BADAN

Assalammualaikum w.b.t.

Lulur badan satu kemestian! Buat apalah nak berkira jika ia adalah untuk kecantikan kulit badan anda. Lulur ini dapat mencerahkan kulit, dan menanggalkan sel kulit mati yang tidak sihat kerana itu lah penyebab daki dan kulit kelihatan kusam. 
Lulur, jika ia dilakukan dirumah, buatlah sekuranng-kurangnya 2x dalam seminggu atau jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukan sendiri, anda boleh juga memanjakan diri anda dengan melakukannya lulur ini di pusat-pusat kecantikan seperti di Ararossa Therapy & Spa kami ini sekurang-kurangnya 2-4 kali dalam sebulan bagi mengekalkan kehalusan dan kecantikan kulit badan anda.
Pada zaman sekarang ini semakin ramai wanita sudah semakin sedar akan kepentingan untuk menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Tidak kira ianya untuk diri sendiri atau untuk pasangan.

Untuk diri sendiri, pasti ianya amat baik bagi meningkatkan keyakinan diri semasa berdepan dengan orang sekeliling tidak kira sewaktu bekerja mahupun sekadar berjalan untuk bersiar-siar. Jika untuk pasangan, sudah tentu ianya perlu bagi menunjukkan kasih sayang untuk suami, kerana si Isteri juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan untuk suami mereka, jika isteri wangi dan bersih sentiasa, barulah si suami semakin hari semakin sayangg..betull takkk??

Di sini kami kongsikan untuk anda antara kebaikan / manfaat berlulur/scrub ni:

· Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
· Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
· Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
· Mengurangkan tekanan & keletihan.
· Mengekalkan tenaga.
· Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
· Memperbaiki tekstur kulit.
· Mengurangkan dehidrasi
· Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
· Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
· Menghilangkan warna kulit berbelang.
· Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
· Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
· Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Kami di Ararossa Therapy & Spa kini mengadakan 
PROMOSI pada bulan NOVEMBER ini sahaja. 


SAUNA + SCRUB & BODY MASK + RELAXING MASSAGE = RM100/per sesi sahaja!! 

(Harga bukan promosi adalah RM160) Sila hubungi kami segera untuk membuat temujanji anda..! =)

11 November 2015

KELEBIHAN SAUNA / MANDI WAP

Assalammualaikum w.b.t.
MANFAAT SAUNA

(Gambar hiasan)

Mengeluarkan Toksin dari tubuh
Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!

Kurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

Sembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya mengnyah toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sinar infra merah memiliki getaran yang sama dengan molekul air. Molekul tersebut akan pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga meningkatkan oksigen dalam darah.

Kadang2 ada jugak persoalan2 yang bermain diminda ni tentang SAUNA.....kat bawah ni contoh soalan dan jawapannyer.. =>

1) Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?
Ya, Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan. Ini adalah kerana dengan bersauna kadar metabolisme badan akan meningkat dan ini akan meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.

2) Bagaimana Sauna Boleh turunkan berat badan?
Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori.

Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi. Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna. Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan ringan.

Malahan bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.

3) Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu?
3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air  selepas dan sebelum bersauna.

4) Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.

5) Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.

6) Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?
Untuk menurunkan berat badan dengan lebih pantas apabila kita bersauna, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan mempunyai kalori yang tinggi.

7) Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.

8) Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak?
Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat.
Sekian,Wassalam =>

2 November 2015

PERKARA ASAS YANG ANDA TAHU TENTANG BEKAM

Assalammualaikum w.b.t.

PERKARA ASAS YANG ANDA TAHU TENTANG BEKAM

-Peningkatan sistem imun badan
-Pembuangan unsur darah toksin dari sistem darah badan
-Amalan sunnah yang mendapat syafaat Rasulullah SAW kelak
-Perawatan penyakit sedia ada dengan kekerapan bekam seminggu sekali
-Pencegahan penyakit dengan istiqomah berbekam sebulan sekali
-Penyakit berat seperti sihir/kanser disyorkan berbekam pada tarikh sunnah setiap bulan iaitu 17/19/21hb kalendar islam

Antara kesan yang dialami selepas berbekam (berbeza di antara setiap individu)
1) Rasa segar dan ringan
2) Rasa best selepas tidur
3) Rasa seperti baru lepas berurut
4) Rasa pening terutama berbekam dibahagian kepala
5) Rasa gatal pada tempat bekam
6) Asyik kentut atau sendawa
7) Rasa nak muntah
8) Rasa terlalu lapar
9) Rasa sangat mengantuk
10) Tidak rasa apa-apa tetapi kemudian terasa lebih cergas dari selalu.

JOM BERBEKAM!! Hari ni last day PROMOSI ye..hehe Untuk bekam seluruh badan daripada RM70 ke RM60 je tau! Korang jimat dah RM10 kat situ..

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)