MANFAAT SAUNA
(Gambar hiasan)
Mengeluarkan
Toksin dari tubuh
Peluh yg
keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori
yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di
samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita.
Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.
Meningkatkan
metabolisme
Bagi
kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam
masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu
meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih
banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar
kalori sebanyak 600 kalori!
Kurangkan stress
Faktor
inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress.
Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang.
Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran
lebih damai
Sembuhkan masalah
kulit
Panas
ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar
dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu,
masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna
akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Membunuh bakteria
& virus
Mandi
peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya
mengnyah toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran
darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses
pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus;
meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem
imunisasi tubuh.
Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sinar infra
merah memiliki getaran yang sama dengan molekul air. Molekul tersebut akan
pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga
meningkatkan oksigen dalam darah.
Kadang2 ada jugak persoalan2 yang bermain diminda ni tentang SAUNA.....kat bawah ni contoh soalan dan jawapannyer.. =>
1) Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?
Ya,
Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan.
Ini adalah kerana dengan bersauna kadar metabolisme badan akan meningkat
dan ini akan meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.
2) Bagaimana Sauna Boleh turunkan berat badan?
Proses
bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita
untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang
menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori.
Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi.
Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared
tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa
bersauna. Oleh
sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan
berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan
ringan.
Malahan
bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan
toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain
kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan
boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah
tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.
3) Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu?
3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air selepas dan sebelum bersauna.
4) Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.
5) Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
Sangat
baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan
anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi.
Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.
6) Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?
Untuk menurunkan berat badan dengan lebih pantas apabila kita bersauna, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan mempunyai kalori yang tinggi.
7) Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya,
anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan
kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.
8) Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak?
Sauna
adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan
Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau
penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
Sekian,Wassalam =>

No comments:
Post a Comment