Assalammualaikum w.b.t.
Khasiat:-
- Kanser
- Barah
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Gout
- Stroke
- Jantung
- Masalah kulit
- Tenaga batin
- Alergi
- Darah tersumbat
- Darah kotor
Cara penggunaan:
- Ambil 5-7 hiris direndam bersama segelas air panas.
- Diulang sehingga hilang warna & rasa.
Buah Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) adalah pokok malar hijau yang tebal, membesar dengan baik dalam iklim tropika, merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3 hingga 4m. Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih. Ianya berakar tunjang.
Mahkota Dewa merupakan tumbuhan berasal dari kepulauan Papua (Irian Jaya) terletak di timur jauh kepulauan Indonesia, daerah Maprik. Menurut penduduk bandar Wewak pokok Mahkota Dewa hanya sebagai hiasan halaman rumah pada satu ketika dahulu.
Keseluruhan bahagian dari tumbuhan,biji,buah,daun dan ranting kesemuanya mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal atau sebagai campuran bersama herba-herba lain untuk menguatkan kesannya dan untuk meneutralkan racun. Walaupun Mahkota Dewa rasanya agak manis, adalah perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai ubatan.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cara tertentu untuk menjadikan ia selamat untuk digunakan sebagai perubatan tradisional. Buah hijau belum matang serta buah masak merah boleh diracik dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum diminum. Dipercayai bahawa isi buah Mahkota Dewa mengandungi sebatian anti-oksida untuk melawan kanser dan sering digunakan dalam perubatan alternatif bagi pelbagai penyakit.

No comments:
Post a Comment