18 November 2015

MANFAAT LULUR PADA TUBUH BADAN

Assalammualaikum w.b.t.

Lulur badan satu kemestian! Buat apalah nak berkira jika ia adalah untuk kecantikan kulit badan anda. Lulur ini dapat mencerahkan kulit, dan menanggalkan sel kulit mati yang tidak sihat kerana itu lah penyebab daki dan kulit kelihatan kusam. 
Lulur, jika ia dilakukan dirumah, buatlah sekuranng-kurangnya 2x dalam seminggu atau jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukan sendiri, anda boleh juga memanjakan diri anda dengan melakukannya lulur ini di pusat-pusat kecantikan seperti di Ararossa Therapy & Spa kami ini sekurang-kurangnya 2-4 kali dalam sebulan bagi mengekalkan kehalusan dan kecantikan kulit badan anda.
Pada zaman sekarang ini semakin ramai wanita sudah semakin sedar akan kepentingan untuk menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Tidak kira ianya untuk diri sendiri atau untuk pasangan.

Untuk diri sendiri, pasti ianya amat baik bagi meningkatkan keyakinan diri semasa berdepan dengan orang sekeliling tidak kira sewaktu bekerja mahupun sekadar berjalan untuk bersiar-siar. Jika untuk pasangan, sudah tentu ianya perlu bagi menunjukkan kasih sayang untuk suami, kerana si Isteri juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan untuk suami mereka, jika isteri wangi dan bersih sentiasa, barulah si suami semakin hari semakin sayangg..betull takkk??

Di sini kami kongsikan untuk anda antara kebaikan / manfaat berlulur/scrub ni:

· Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
· Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
· Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
· Mengurangkan tekanan & keletihan.
· Mengekalkan tenaga.
· Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
· Memperbaiki tekstur kulit.
· Mengurangkan dehidrasi
· Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
· Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
· Menghilangkan warna kulit berbelang.
· Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
· Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
· Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Kami di Ararossa Therapy & Spa kini mengadakan 
PROMOSI pada bulan NOVEMBER ini sahaja. 


SAUNA + SCRUB & BODY MASK + RELAXING MASSAGE = RM100/per sesi sahaja!! 

(Harga bukan promosi adalah RM160) Sila hubungi kami segera untuk membuat temujanji anda..! =)

1 comment: