14 December 2015
9 December 2015
MAHKOTA DEWA
Assalammualaikum w.b.t.
Khasiat:-
- Kanser
- Barah
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Gout
- Stroke
- Jantung
- Masalah kulit
- Tenaga batin
- Alergi
- Darah tersumbat
- Darah kotor
Cara penggunaan:
- Ambil 5-7 hiris direndam bersama segelas air panas.
- Diulang sehingga hilang warna & rasa.
Buah Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) adalah pokok malar hijau yang tebal, membesar dengan baik dalam iklim tropika, merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3 hingga 4m. Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih. Ianya berakar tunjang.
Mahkota Dewa merupakan tumbuhan berasal dari kepulauan Papua (Irian Jaya) terletak di timur jauh kepulauan Indonesia, daerah Maprik. Menurut penduduk bandar Wewak pokok Mahkota Dewa hanya sebagai hiasan halaman rumah pada satu ketika dahulu.
Keseluruhan bahagian dari tumbuhan,biji,buah,daun dan ranting kesemuanya mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal atau sebagai campuran bersama herba-herba lain untuk menguatkan kesannya dan untuk meneutralkan racun. Walaupun Mahkota Dewa rasanya agak manis, adalah perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai ubatan.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cara tertentu untuk menjadikan ia selamat untuk digunakan sebagai perubatan tradisional. Buah hijau belum matang serta buah masak merah boleh diracik dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum diminum. Dipercayai bahawa isi buah Mahkota Dewa mengandungi sebatian anti-oksida untuk melawan kanser dan sering digunakan dalam perubatan alternatif bagi pelbagai penyakit.
1 December 2015
ROSEBUDS
Assalammualaikum w.b.t.
Ianya kecil,menarik dan mempunyai aroma yang sangat baik. Teh Rosebuds sudah digunakan sebagai perubatan herba cina melebihi 5000 tahun dahulu lagi. Teh Rosebuds juga dianggap keajaiban herba terutamanya untuk kaum wanita. Selalunya dipanggil “the lady’s tea ini memberi0 manfaat yang sangat luar biasa kepada kaum wanita. Ianya, merawat secara semulajadi untuk masalah dalaman dan luaran wanita disamping dapat mengimbangi minda dan menstabilkan emosi, Rosebuds mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk meningkatkan sistem imun,menjaga kesihatan kulit dan tulang dan juga membantu tubuh menyerap zat besi.
Teh Rosebuds adalah tinggi dalam antioksida lain yang dipanggil polifenol catechin,terutamanya epigallocatechin gallate yang dikenali sebagai EGCG,Antioksidan adalah molekul yang membantu melindungi badan kita daripada kerosakan radikal bebas,yang boleh menyebabkan kanser. EGCG juga untuk membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel sihat di sekelilingnya. Teh Rosebuds mengandungi kafein,manakala secawan kopi mengandungi kafein semulajadi. Ia mengandungi mana-mana dari 30-60mg kafein,manakala secawan kopi mengandungi lebih daripada 100mg kafein. Menurut Medline Plus,kafein memberi rangsangan tenag manakala merangsang sistem saraf pusat. Ia juga meningkatkan metabolisme badan.
Teh Rosebuds membuatkan kulit lebih berseri. Secawan teh Rosebuds sehari dapat membantu mengurangkan penuaan dan memberi manfaat pada kulit, ia membantu membuang bintik hitam dan meningkatkan kestabilan liang yang bermaksud kurang isu-isu tersumbat dan tahap PH, Epidermis terlalu berasid PH menyebabkan jerawat, teh Rosebuds memperbaiki keadaan kulit berminyak untuk lebih baik. Selain daripada itu ianya memberi seribu manfaat dalam masalah-masalah kesihatan yang lain. Yang pernah mencubanya sahaja dapat merasai khasiat dari Teh Rosebuds.
Nota: Rosebuds kini boleh didapati di Ararossa Therapy& Spa kami dengan harga RM6/botol (7-8 kuntum/botol). Sila hubungi kami segera sebelum stok kehabisan kerana ianya sangat terhad.
24 November 2015
BERLULUR DENGAN PATI BUAH - BUAHAN
Assalammualaikum w.b.t.
Kami di Araroossa Therapy & Spa juga mempunyai pakej LULUR / SCRUB yang berunsur buah-buahan seeperti
Manfaat ni boleh juga anda dapat rasakan di Ararossa Therapy & Spa kami..Jgn lupa PROMOSI cantik utk buln ini masih berlangsung. Cepat buat temujanji anda bersama kami! ^,^ ♥♥
Kami di Araroossa Therapy & Spa juga mempunyai pakej LULUR / SCRUB yang berunsur buah-buahan seeperti
AVOCADO
Membantu melembutkan, menjaga kesihatan kulit dan
membuat kulit kelihatan lebih bersih dan cerah
CHOCOLATE
Membantu melembutkan, melembabkan dan meneutralkan kulit kering
COFFEE
Membersihkan kulit,menjaga kelembapan kulit dan melembutkan kulit
MILK
Membantu melembutkan, mmencerahkan kulit dann menjaga kesihatan kulit
STRAWBERI
Membantu melembutkan,menyamarkan kerutan dan menjaga kesihatan kulit.
YAM BEAN
Membantu melembabkan, melembutkan, membuat kulit kelihatan lebih cerah
dan menjaga kesihatan kulit.
PROMOSI untuk Bulan November masih lagi ada sehingga hujung bulan ini tau. Jangan lepaskan peluang! Hubungi kami segera untuk membuat temujanji anda..! smile emoticon Tempat adalah terhad ye. ^,^dan menjaga kesihatan kulit.
Manfaat ni boleh juga anda dapat rasakan di Ararossa Therapy & Spa kami..Jgn lupa PROMOSI cantik utk buln ini masih berlangsung. Cepat buat temujanji anda bersama kami! ^,^ ♥♥
18 November 2015
MANFAAT LULUR PADA TUBUH BADAN
Assalammualaikum w.b.t.
Lulur badan satu kemestian! Buat apalah nak berkira jika ia adalah untuk kecantikan kulit badan anda. Lulur ini dapat mencerahkan kulit, dan menanggalkan sel kulit mati yang tidak sihat kerana itu lah penyebab daki dan kulit kelihatan kusam.
Lulur, jika ia dilakukan dirumah, buatlah sekuranng-kurangnya 2x dalam seminggu atau jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukan sendiri, anda boleh juga memanjakan diri anda dengan melakukannya lulur ini di pusat-pusat kecantikan seperti di Ararossa Therapy & Spa kami ini sekurang-kurangnya 2-4 kali dalam sebulan bagi mengekalkan kehalusan dan kecantikan kulit badan anda.
Pada zaman sekarang ini semakin ramai wanita sudah semakin sedar akan kepentingan untuk menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Tidak kira ianya untuk diri sendiri atau untuk pasangan.
Untuk diri sendiri, pasti ianya amat baik bagi meningkatkan keyakinan diri semasa berdepan dengan orang sekeliling tidak kira sewaktu bekerja mahupun sekadar berjalan untuk bersiar-siar. Jika untuk pasangan, sudah tentu ianya perlu bagi menunjukkan kasih sayang untuk suami, kerana si Isteri juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan untuk suami mereka, jika isteri wangi dan bersih sentiasa, barulah si suami semakin hari semakin sayangg..betull takkk??
Di sini kami kongsikan untuk anda antara kebaikan / manfaat berlulur/scrub ni:
· Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
· Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
· Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
· Mengurangkan tekanan & keletihan.
· Mengekalkan tenaga.
· Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
· Memperbaiki tekstur kulit.
· Mengurangkan dehidrasi
· Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori.
· Mengembalikan warna kulit supaya sekata.
· Menghilangkan warna kulit berbelang.
· Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari.
· Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap.
· Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.
Kami di Ararossa Therapy & Spa kini mengadakan
PROMOSI pada bulan NOVEMBER ini sahaja.
SAUNA + SCRUB & BODY MASK + RELAXING MASSAGE = RM100/per sesi sahaja!!
(Harga bukan promosi adalah RM160) Sila hubungi kami segera untuk membuat temujanji anda..! =)
11 November 2015
KELEBIHAN SAUNA / MANDI WAP
Assalammualaikum w.b.t.
MANFAAT SAUNA
(Gambar hiasan)
Mengeluarkan
Toksin dari tubuh
Peluh yg
keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori
yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di
samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita.
Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.
Meningkatkan
metabolisme
Bagi
kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam
masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu
meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih
banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar
kalori sebanyak 600 kalori!
Kurangkan stress
Faktor
inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress.
Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang.
Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran
lebih damai
Sembuhkan masalah
kulit
Panas
ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar
dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu,
masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna
akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Membunuh bakteria
& virus
Mandi
peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya
mengnyah toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran
darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses
pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus;
meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem
imunisasi tubuh.
Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sinar infra
merah memiliki getaran yang sama dengan molekul air. Molekul tersebut akan
pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga
meningkatkan oksigen dalam darah.
Kadang2 ada jugak persoalan2 yang bermain diminda ni tentang SAUNA.....kat bawah ni contoh soalan dan jawapannyer.. =>
1) Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?
Ya,
Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan.
Ini adalah kerana dengan bersauna kadar metabolisme badan akan meningkat
dan ini akan meningkatkan kadar pembakaran kalori dalam badan.
2) Bagaimana Sauna Boleh turunkan berat badan?
Proses
bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita
untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang
menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori.
Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi.
Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared
tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa
bersauna. Oleh
sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan
berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan
ringan.
Malahan
bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan
toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain
kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan
boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah
tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.
3) Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu?
3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air selepas dan sebelum bersauna.
4) Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.
5) Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
Sangat
baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan
anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi.
Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.
6) Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?
Untuk menurunkan berat badan dengan lebih pantas apabila kita bersauna, kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan mempunyai kalori yang tinggi.
7) Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya,
anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan
kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.
8) Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak?
Sauna
adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan
Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau
penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
Sekian,Wassalam =>
2 November 2015
PERKARA ASAS YANG ANDA TAHU TENTANG BEKAM
Assalammualaikum w.b.t.
PERKARA ASAS YANG ANDA TAHU TENTANG BEKAM
-Peningkatan sistem imun badan
-Pembuangan unsur darah toksin dari sistem darah badan
-Amalan sunnah yang mendapat syafaat Rasulullah SAW kelak
-Perawatan penyakit sedia ada dengan kekerapan bekam seminggu sekali
-Pencegahan penyakit dengan istiqomah berbekam sebulan sekali
-Penyakit berat seperti sihir/kanser disyorkan berbekam pada tarikh sunnah setiap bulan iaitu 17/19/21hb kalendar islam
Antara kesan yang dialami selepas berbekam (berbeza di antara setiap individu)
1) Rasa segar dan ringan
2) Rasa best selepas tidur
3) Rasa seperti baru lepas berurut
4) Rasa pening terutama berbekam dibahagian kepala
5) Rasa gatal pada tempat bekam
6) Asyik kentut atau sendawa
7) Rasa nak muntah
8) Rasa terlalu lapar
9) Rasa sangat mengantuk
10) Tidak rasa apa-apa tetapi kemudian terasa lebih cergas dari selalu.
JOM BERBEKAM!! Hari ni last day PROMOSI ye..hehe Untuk bekam seluruh badan daripada RM70 ke RM60 je tau! Korang jimat dah RM10 kat situ..
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
30 October 2015
MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI!
Assalammualaikum w.b.t.
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksin akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.
Ayuh jom berbekam bagi membuang segala angin dalam badan,mengurangkan ketegangan otot/saraf serta membuang segala unsur darah toksin akibat pemakanan yang berasid tinggi dan juga mengurangkan kadar gula dalam darah akibat kerap mengambil minuman manis/bergas.
Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
DAN
"Barangsiapa berbekam pada tarikh ke 17, 19 dan 21 (tahun Hijrah) maka ia akan sembuh dari segala penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam Al-Albani)
BEKAM TARIKH SUNNAH
17 Muharam 1437H = 30 Oktober 2015 (Jumaat)
19 Muharam 1437H = 1 November 2015 (Ahad)
21 Muharam 1437H = 3 November 2015 (Selasa)
Boleh juga dilakukan antara tarikh 17 Muharam - 21 Muharam 1437H. Untuk temujanji sila SMS, Call @ WHATSAPP kepada PN Sheda @ 018-281 5824.
Nota: Temujanji terlebih dahulu amatlah digalakkan bagi mengelak pelanggan menunggu lebih lama.
INFO RINGKAS MENGENAI BEKAM
Assalammualaikum w.b.t.
Bekam atau dalam bahasa Arab dikenali sebagal Al-Hijamah merupakan proses membuang racun, toksin, bahan kimia dan sel darah merah yang mati, merangsang pengeluaran zat antibodi dan hormon dalam tubuh badan. Baik untuk merawat penyakit seperti gatal-gatal, resdung, kebas, stress, migrain, darah tinggi, kencing manis, masalah gangguan, asma, masalah tidur dan gout.
Kaedah Bekam Sunnah
-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.
-Semua umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit klinikal/gangguan jin seminggu sekali sehingga sembuh.
-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit klinikal termasuk penyakit gangguan jin.
-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.
-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.
-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2-3 kali bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.
-Diakhir rawatan bekam,kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril/pembasmian kuman.
-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses NYAHKUMAN.Kemudian semua cawan bekam akan diSTERIL pula selama 15min menggunakan UV STERILIZER bagi menjamin kebersihan dan pembasminan bakteria & virus secara maksimum.
-Wanita mengandung,wanita sedang haid,orang tua yang uzur,individu yang mengalami penyakit kulit yang serius tidak dianjurkan untuk menjalani bekam darah.
93 Penyakit Yang Boleh Disembuhkan Oleh Bekam (InsyaAllah)
1 Kegemukan (Obesiti)
2 Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3 Sciatica (Sakit Pinggang)
4 Sakit Perut
5 Sembelit
6 Gangguan Jantung & Lambung
7 Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru
8 Alergi Makanan
9 Sengal Tulang
10 Sesak Nafas
11 Asma
12 Insomnia (Susah Tidur)
13 Cirit Birit
14 Kejang Otot
15 Kencing Manis
16 Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17 Menggigil Tanpa Demam
18 Kencing Malam
19 Tonsil
20 Gatal-Gatal (Harsh)
21 Radang Usus Besar
22 Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23 Gangguan Pundi Empedu
24 Pusingan Haid Tidak Teratur
25 Ginjal
26 Tekanan Darah Tinggi
27 Sakit-sakit Lutut
28 Sakit-sakit Di Kaki
29 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30 Gangguan Jiwa
31 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
32 Encok (Gout)
33 Rematoid
34 Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35 Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36 Sinus
37 Sakit Di Daerah Perut
38 Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39 Buasir
40 Penyakit Jantung
41 Mandul
42 Terlalu Banyak Tidur
43 Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44 Memperbaiki Peredaran Darah
45 Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46 Sakit Punggung
47 Sakit Bahu dan Tengkuk
48 Sakit Bahu
49 Badan Kurus
50 Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51 Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52 Jangkitan Kuman
53 Melancarkan Perjalanan Darah
54 Menurunnya Aliran Darah
55 Tingkatkan Daya Ingatan
56 Tingkatkan Konsentrasi
57 Fistula Ani
58 Sakit Pinggang
59 Sakit Punggung
60 Gangguan Pundi Kemih
61 Kaki Kesemutan
62 Tangan Kesemutan
63 Salah Urat
64 Lumpuh Menyeluruh
65 Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66 Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67 Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68 Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69 Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70 Dingin Di Telapak Kaki
71 Nervous (Tegang / Gelisah)
72 Tumor Otak
73 Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74 Lutut yang Kaku
75 Gangguan Pankreas
76 Kejang-kejang
77 Tidak Boleh Bercakap
78 Penyakit Mata
79 Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80 Berhenti Haid
81 Pembekakan Testis
82 Tekanan Darah Rendah
83 Berbagai Penyakit Rahim
84 Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85 Keluarnya Cairan Vagina
86 Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87 Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88 Pusing Kerana Mata Lelah
89 Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
90 Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91 Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92 Pening Kerana Anemia
93 Pening Kerana Influenza
Kenapa perlu berbekam?
Setiap hari, badan kita akan menghasilkan darah dan setiap 3 hari, sel-sel darah itu akan mati. Sel darah yang mati akan dikeluarkan dari salur darah dan akan berkumpul bawah lapisan kulit. Ia diburukkan lagi dengan kehadiran toksin akibat persekitaran yang kurang udara bersih serta makanan kita yang penuh dengan bahan kimia dan sebagainya.
Darah kotor yang terkumpul ada yang keluar secara semulajadi melalui proses perkumuhan dan ada juga yang keluar sebagai ruam, jerawat serta masalah kulit yang lain. Jika dibiarkan lebih lama, darah kotor itu boleh menjadi kanser atau ketumbuhan. Malah akan ada darah kotor yang terserap balik masuk dalam salur darah lalu menyempitkan salur darah tersebut lalu mengakibatkan kebas, kekejangan, keradangan otot kerana kurangnya penyebaran oksigen. Lama kelamaan, keadaan akan mengakibatkan strok dan juga kematian.
Dalil-dalil tuntutan berbekam
Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit,
maka bekam juga dapat menyembuhkannya"
~ HR Malik ~
Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati
sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata,
Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”
~ Riwayat Ibnu Majah ~
Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal,
iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan
sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang
ummatku (berubat) dengan kay”
~ Hadith Sahih Al Bukhari~
29 October 2015
ARAROSSA THERAPY & SPA : WE'RE NOW OPEN!
Assalammualaikum / Salam Sejahtera
Kami baru sahaja memulakan perniagaan sebagai Pusat Terapi & Spa pada awal Oktober 2015 yang lalu. Kami menawarkan servis rawatan untuk TERAPI dan SPA seperti senarai dibawah:
Kami baru sahaja memulakan perniagaan sebagai Pusat Terapi & Spa pada awal Oktober 2015 yang lalu. Kami menawarkan servis rawatan untuk TERAPI dan SPA seperti senarai dibawah:
AKUPUNTUR
BEKAM
TOTOK WAJAH
RELAXING MASSAGE
RAWATAN WAJAH (FACIAL TREATMENT)
HOT STONE TREATMENT
LULUR BADAN (AROMATHERAPY BODY SCRUB)
SAUNA HERBA
RAWATAN RAMBUT (WASH & BLOW | HAIR TREATMENT/SPA)
DETOKS KAKI (FOOT DETOX) & REFLEKSOLOGI
Diakui sekarang sudah terdapat banyak pusat rawatan terapi dan spa yang ada diseluruh Malaysia. Namun, keistimewaan atau perbezaan kami disini jika dibandingkan dengan pusat-pusat terapi dan spa yang ada diluar sana adalah segala rawatan yang kami berikan ini berkonsepkan mesra pengguna kerana rawatan ini dilakukan di dalam rumah. Jadi pelanggan yang ingin menjalani rawatan terapi dan spa disini tidak perlu berasa kekok mahupun janggal dan boleh beranggapan seperti berada dirumah sendiri. Dan sudah pastinya kami akan memberikan SERVIS TERBAIK buat semua pelanggan kami tanpa mengira usia.
Semua terapis disini adalah wanita dan pelanggan wanita memang menjadi keutamaan kami. Walau bagaimanapun, ada sesetengah rawatan kami disini yang juga mengalakkan kaum LELAKI untuk turut sama melakukan rawatan seperti RAWATAN WAJAH (FACIAL TREATMENT), RAWATAN RAMBUT (HAIR TREATMENT | WASH & BLOW) dan juga DETOKS KAKI (FOOT DETOX) & REFLEKSOLOGI.
Harga bagi setiap rawatan kami adalah harga mampu milik oleh semua pelanggan kami tidak mengira usia, jantina mahupun pekerjaan anda. Semua orang mampu untuk melakukan rawatan yang kami sediakan ini tanpa berkurang sedikit pun KUALITI rawatan tersebut.
Setiap bulan juga kami akan mengadakan PROMOSI bagi rawatan-rawatan tertentu. Jadi, pastikan anda tidak lupa untuk sentiasa mengikuti perkembangan dan promosi yang akan kami lakukan dari semasa ke semasa.
Dibawah ini adalah beberapa gambar premis perniagaan Pusat Terapi & Spa kami yang beralamat :
ARAROSSA THERAPY & SPA
ARAROSSA VILLE
NO.36, JALAN CENDANA (1),
SRI PEKAN 41050 KLANG,
SELANGOR DARUL EHSAN
REJUVENATE YOUR BODY & SOUL
OPERATION HOUR: 10.00AM – 8.00PM (MON – SUN)
NOTES : STRICTLY BY APPOINTMENT ONLY. SO CALL US NOW FOR BOOKING!
Subscribe to:
Comments (Atom)




















